About Me

My photo
mistakes lead people to learn again and pain is the reason why people changed . I made mistakes and I feel the pain ,that is what I am today .

Sunday, March 12, 2017

3/2017

Akhirnya.. tahun yang kini tahun yg nyata tahun yang bakal dilalui selepas beberapa ujian dan cabaran yang ditempuh sebelum ni. Diri yg semakin lama semakin meningkat usia semakin terasa diri banyak membuang masa. Semakin rasa harus berubah untuk diri dan masa hadapan. Semakin rasa diri semakin penat tapi harus kuat sebab berputus asa bukan jalan yang bijak. Semakin takut untuk mengenali , tapi harus tetap berani kan diri sebab semua org patut bebas dari zon keselesaan masing masing. Semakin terluka dengan org sekeliling , semakin rasa tidak selamat sebab kita tahu semakin org mengenali semakin org banyak menilai banyak bercakap , suara2 sumbang dan pandangan2 org terhadap diri yang jelas semua org tidak di lahirkan sempurna akal fikiran. Tapi akhinya.. kudrat untuk melawan atau memperbetulkan keadaan jelas tiada . Akhirnya hanya memilih untuk berdiam dan menyimpan sendiri sebab tiada satu pun yang akan faham malah akan lebih menyalahkan menunding jari sebab benda yang diharapkan terhenti di tengah jalan. Yaa , kau boleh bercakap atau buat kesimpulan mahupun mencaci memaki mengutuk tapi kau tidak berhak nilai seseorang berdasarkan apa yang kau lihat tanpa kau dengar cerita sebelah pihak. Dan sejujurnya kau tidak berhak untuk ambi tahu kisah hidup org lain sebab kau patut kisah kan hidup kau yang sudah semestinya juga tidak lepas dari buat kesilapan sama malah mungkin lagi teruk dari orang yang kau nilai sewenang wenangnya hanya sebab hidup nya lagi menarik dari hidup kau. Manusia yang tidak habis habis bercakap mengenai org lain tanpa menyedari semua manusia tidak akan pernah lahir sempurna hati nya. Manusia sangat "menyedihkan" yang terasa dirinya seolah olah teraniaya hanya untuk meraih simpati dan meraih perhatian org lain. Kau rasa dunia ini tidak adil untuk kau tapi adakah kau berlaku adil kepada org lain terutamanya yang terdekat atau yg pernah dekat dgn kau? Berdiam bukan bermakna membiarkan tapi berdiam sebab kau tahu diam itu lebih baik bila kau sedang menahan amarah yang terkumpul. Tapi tidak bermakna kau dgn alasan seorang manusia jelas tidak pernah akan sempurna layak untuk menjatuh kan semangat atau reputasi org lain hanya sebab dia sedang berdiam. Apapun aku faham org yang tidak pernah merasa bahagia dgn hidupnya dan hanya akan rasa bahagia kerana kata-katanya penilaian nya raih simpatinya yang cukup membinasakan org lain. Kesimpulannya, semoga berbahagia.