About Me

My photo
mistakes lead people to learn again and pain is the reason why people changed . I made mistakes and I feel the pain ,that is what I am today .

Sunday, March 12, 2017

3/2017

Akhirnya.. tahun yang kini tahun yg nyata tahun yang bakal dilalui selepas beberapa ujian dan cabaran yang ditempuh sebelum ni. Diri yg semakin lama semakin meningkat usia semakin terasa diri banyak membuang masa. Semakin rasa harus berubah untuk diri dan masa hadapan. Semakin rasa diri semakin penat tapi harus kuat sebab berputus asa bukan jalan yang bijak. Semakin takut untuk mengenali , tapi harus tetap berani kan diri sebab semua org patut bebas dari zon keselesaan masing masing. Semakin terluka dengan org sekeliling , semakin rasa tidak selamat sebab kita tahu semakin org mengenali semakin org banyak menilai banyak bercakap , suara2 sumbang dan pandangan2 org terhadap diri yang jelas semua org tidak di lahirkan sempurna akal fikiran. Tapi akhinya.. kudrat untuk melawan atau memperbetulkan keadaan jelas tiada . Akhirnya hanya memilih untuk berdiam dan menyimpan sendiri sebab tiada satu pun yang akan faham malah akan lebih menyalahkan menunding jari sebab benda yang diharapkan terhenti di tengah jalan. Yaa , kau boleh bercakap atau buat kesimpulan mahupun mencaci memaki mengutuk tapi kau tidak berhak nilai seseorang berdasarkan apa yang kau lihat tanpa kau dengar cerita sebelah pihak. Dan sejujurnya kau tidak berhak untuk ambi tahu kisah hidup org lain sebab kau patut kisah kan hidup kau yang sudah semestinya juga tidak lepas dari buat kesilapan sama malah mungkin lagi teruk dari orang yang kau nilai sewenang wenangnya hanya sebab hidup nya lagi menarik dari hidup kau. Manusia yang tidak habis habis bercakap mengenai org lain tanpa menyedari semua manusia tidak akan pernah lahir sempurna hati nya. Manusia sangat "menyedihkan" yang terasa dirinya seolah olah teraniaya hanya untuk meraih simpati dan meraih perhatian org lain. Kau rasa dunia ini tidak adil untuk kau tapi adakah kau berlaku adil kepada org lain terutamanya yang terdekat atau yg pernah dekat dgn kau? Berdiam bukan bermakna membiarkan tapi berdiam sebab kau tahu diam itu lebih baik bila kau sedang menahan amarah yang terkumpul. Tapi tidak bermakna kau dgn alasan seorang manusia jelas tidak pernah akan sempurna layak untuk menjatuh kan semangat atau reputasi org lain hanya sebab dia sedang berdiam. Apapun aku faham org yang tidak pernah merasa bahagia dgn hidupnya dan hanya akan rasa bahagia kerana kata-katanya penilaian nya raih simpatinya yang cukup membinasakan org lain. Kesimpulannya, semoga berbahagia.

Thursday, December 24, 2015

24/12/2015

Hanya seminggu lagi utk tiba ke 2016. aku masih lagi di beri peluang utk di sayangi dan menyayangi tapi pada kali ini dgn keadaan yg sangat berbeza. mungkin ini cara yg lebih bagus , cinta pada jarak jauh .utk aku menghayati lagi keadaan dan perasaan bila kita menyayangi org itu tpi dalam berbatu batu jauh nya. dia mungkin tidak selalu melihat kita ,tidak selalu ada dgn kita. tidak apa. aku berani menghadapi setiap kesusahan itu .biar la pada kali ini aku belajar utk sendiri berdiri , utk menerima bahwa tidak selalu org yg kita sayang akan ada.dan aku percaya dgn perasaan yg ada , utk dia. utk hati ini.kadang ada ujian yg datang , aku hampir berputus asa , aku hampir hilang smngt dan kekuatan. tapi manusia melakukan kesilapan tidak kira mcm mana susah utk aku terima alasan itu. aku kena belajar terima, perkara yg sudah biasa utk aku . kadang aku ingin sendiri , terlalu ingin bersendiri, terlalu ingin mencari balik kekuatan tu .tapi sememang nya jelas aku sdg bersendiri. buat masa skrg .dan seandainya pada kali ini aku gagal buat ke berapa kali nya lagi ,,aku redha .aku pasrah. aku terima. aku biar kan diri ini dalam keadaan seperti lalang , kemana angin bertiup di situ lah aku .mungkin juga aku "expect" aku tidak akan di sakiti lagi .tapi siapa aku utk mengharap benda yg mustahil utk jadi .aku tahu , dia sememang nya menyayangi diri aku. dan aku tidak mempertikaikan apa apa dari diri nya .dan perasaan ini juga tidak pernah bohong. atas perasaan ini la aku masih kuat. menahan. daripada terus dihantui masa lalu. aku harus tutup segala apa yg patut ,bagaimana rapuh nya diri ini sebenar.

Sunday, October 11, 2015

12/10/2015

Perlahan dgn perlahan ,satu setiap satu aku tinggalkan . sakit demi sakit aku lepaskan ,tapi satu yang tidak dapat aku lupakan pengalaman yg begitu lama aku jalani berakhir mana aku sudah sampai satu puncak yg tinggi.yg mana hanya aku bawa hanya secebis hati yg aku tidak dpt selamat kan , selama aku berjalan aku cuba utk mengambil mengumpul semula cebisan2 yang kau tinggalkan. utk menerima segala apa yg berlaku tidak akan berlaku dgn sengaja nya . mira menangis la miraa , menangis la utk kali terakhir ini dan lepas kan semua ni . redha la dgn semua ni , semua yg berlaku adalah ketentuan dari Nya. sakit aku sakit. sakit aku sangat sakit. apa yg aku lakukan semua ini memberi aku satu kelukaan yg sangat dalam.ya Allah dari awal lagi aku sudah menjangka kan sesuatu yg pahit akan berlaku bilakita terlampau kejar kebahagiaan. tapi aku sudah hampir lupa dgn kebahagiaan aku sendiri ,aku terlalu mengutamakan kebahagiaan org lain.kenapa mira kau pilih jalan ni dulu?sedangkan kau tau kesudahan nya macam mana .. takut sangat takut .utk memberi hati ini peluang sekali lagi . menangis lah menangis!, atau adakah hari tu hari terakhir aku lepaskan semua? adakah secebis hati ini langsung tidak memberi peluang utk aku lepas kan sekali lagi beban di hati ini. ya Allah bantu la aku ya Allah , bantu la aku . bantu aku keluar dari semua ini . utk lari dari semua ni.

Monday, September 28, 2015

29/9/2015

hari ini , saat ini dan akhirnya sekali .. sy jatuh ,lagi dan lagi . kesakitan ,kelukaan , parut , dan sisa masih tersimpan kukuh dlm diri ini. 3 bulan lagi sy bakal menghadapi 2016 . yg mana semua nya baru , kehidupan mungkin yg baru ,rasa yg baru . hati? entah.. sy pun x tahu. entah ada dan entah tidak . sakit .. memg sakit .benda ni seolah olah tertinggal . luka ni tertinggal. tpi sy nekad utk teruskan kehidupn , sudah tiba masa nya sy kena hargai diri ini yg terlalu banyak sakit. bertahun tahun ,sy sudah korban kan apa yg patut .sedih dgn diri yg lemah ni , sudah lemah ditambah pula dgn beban dan kesakitan yg berganda . sabar la wahai diri , Allah xkan beri sesuatu di luar kemammpuan umatNya. sy takut... sangat takut. utk menghadapi situasi selepas ini. utk merisikokan diri ini sekali lagi. ada ka kekuatan yg baru lagi? ada kah harapan yg baru lagi? ada kah nafas yg baru lagi? macam mana sekali pun sy tau sy kena kuat, sentiasa harus kuat utk hadapi semua ini. dgn sendiri utk diri sendiri. sy tahu begitu sombong nya sy ,ego nya sy mengaku diri sy ni kuat . yg sebenarnya tidak. ego nya sy ckp sy tidak rasa apa apa sedangkan di dalam sy begitu sakit. hubungan yg telah di jaga bertahun tahun , akhirnya putus di bibir sy sendiri . sy tidak menyesali sikit pun apa yg sy buat , tapi sy begitu sedih ,sedih dgn diri yg terlalu lemah ,sedih keran tidak menghiraukan diri sendiri selama ini . rasa bersalah kepada diri sendiri. bangun lah mira ,.. kau makin dewasa , makin hari makin bnyak benda yg akan kau lalui. kuat la wahai diri , kuat la utk menghadapi semua ini. kuat laa,

Tuesday, November 12, 2013

11/11/2013

Sekarang sudah 12hb dan sy baru berkesempatan untuk post cerita psal 11hb iaitu kemarin. Sudah lama sy x update cerita di blog melainkan untuk tarikh yg penting shja . mgkin juga masa sy bnyak dihabiskan untuk membuat perkara lain . and Absolutely doing nothing . Bagi saya bukan sesuatu keperluan lagi bila setiap kesedihan perlu di luah kan di laman sosial . mgkin sy semakin merangkak dewasa dan belajar untuk menangani ksedihan kekecewaan dgn sendiri. Buat masa ini, cara itu adalah yg terbaik dan saya masih mampu untuk melakukan nya. Dan mungkin juga sy sudah berhenti terlampau memikirkan tentang diri sendiri . Bnyak bercakap yet belum berbuat apa apa . Sy x mau mnjadi seorang yg hanya tahu bertanya "kenapa" tapi sebaliknya mencari punca kenapa dan harus stop bila sebenarnya perkara itu tidaklah sepenting mana. banyak benda yang harus sy lalui lagi jelas adalah lagi penting untuk masa depan . Ya , hidup ini hanya sekali . Tapi jika tidak diisi dgn seimbang dan sempurna maka apa lagi yg seronok diimbau lagi pada masa tua ? Totally different when you could assume what the title is but shocked when you read all of the body. Point is , semua org berubah dalam masa ke semasa . Either towards goods or vice versa . I learn alot , from the big even to a smallest thing. Trying to stop to act like a kid who is 18 and assume self were already matured about everything .  No , banyak benda lagi sy kena belajar .

Monday, October 21, 2013

21/10/2013

Saya tau setiap benda yg terjadi tu ada hikmah dia , tidak kira sy buat sehabis baik pun , kalau takdir tidak menentukan bhwa baik lah  yg akan sy dpt . Sy tetap x akan dpt , sy hnya mampu merancang , mendoakan yg terbaik . Perasaan sy skrg bgi sy x brmakna apa apa lgi . Dari dulu smpai sekrg perasaan rasa bersalah sy x pernah kurg , sy hanya mampu meluah kan benda yg menyakitkan hati sy . tpi selebihnya sy x mampu berbuat apa apa , sakitnya sy menyayangi seseorang itu . Tanpa rasa menyesal dan penat sy cuba untuk terus menjaga hati dia , menjaga diri dia . Sy buat semua itu bukan sebab rasa bersalah , tapi sebab rasa sayang dlm hati sy tu xnpernah hilang. Sebab perasaan itu tersimpan kukuh jauh d dlm hati ni. perkara lalu mmg x patut sy ungkitt kan , biar la benda tu terkubur dan hanya menjadi pengajaran . Buat sy dan buat org yg mengetahui nya . Sy punca kenapa org yg sy sayang swaktu ketika dulu dan skrg , berubah . Sy punca kenapa org rasa sy x patut di terima . Sy punca segala kekusutan dan kesilapan. Sy punca kenapa org yg sy sayang merasa trauma dan perlu berjaga jaga buat kali kedua. Sbb sy la punca knapa semua ni , berlaku . Kenapa smua ni terjadi begitu teruk . Dan sy buka seluas luas nya hati sy untuk terima , segala pahit atau buruk yg akan berlaku. X kira mcm mana sakit sekali pun , hidup ni hnya sekali . Sy tau benda yg besar akan menunggu untuk sy hadapi . Sy cuma mnganggap ini hnya permulaan . Permudahkan la urusan ku , ya Allah .